Muse Matt Bellamy

Persembahan Bellamy di Lollapalooza, 2007

Bakat awal Muse dikesan di Teignmouth, Devon di Kolej KomunitiTeignmouth, dimana Bellamy telah menyertai pelbagai kugiran termasuklah Carnage Mayhem and Gothic Plague dengan seorang drummer Dominic Howard. Apabila ada ahli kumpulan Gothic Plague pergi meninggalkan kumpulan, Bellamy and Howard meminta Wolstenholme untuk turut serta. Pada 1994, menggunakan nama Rocket Baby Dolls, mereka berjaya memenangi "Battle of the Bands" peringkat sekolah yang mana membuatkan mereka lebih serius di dalam industri ini. Mereka memutuskan untuk menukar nama kumpulan kepada lebih "professional", dan Muse telah dilahirkan. kumpulan ini terdiri dari (sehingga sekarang) Matthew Bellamy, Christopher Wolstenholme (gitar bass and suara latar) and Dominic Howard (drum dan perkusi). Muse telah bersusah payah untuk menempah nama diawal tahun penglibatan mereka, hasilnya mereka telah dikenali di seluruh pelusuk dunia. Muse menggabungkan unsur alternative, art rock, rock experimental, rock progressif, muzik klasikal, electronika dan pelbagai lagi. Kumpulan ini terkenal dengan persembahan konsert yang energetik and visual yang mempersonakan.[5] Pada 16–17 Jun 2007, Muse merupakan kumpulan pertama berjaya menghabiskan jualan tiket persembahan bertempat di Wembley Stadium di London.[6] Muse telah menghasilkan sebanyak tujuh album studio, Showbiz (1999), Origin of Symmetry (2001), Absolution (2003), Black Holes and Revelations (2006), The Resistance (2009), The 2nd Law (2012) and Drones (2015). Muse juga menghasilkan dua album live, HAARP (2008) dan Live at Rome Olympic Stadium (2013), dan juga album kompilasi. Kompilasi berjudul Hullabaloo (2002) mengandungi dua CD dan direka untuk turut bersama DVD Hullabaloo. CD pertama mengandungi 10 lagu B-sides yang dirakam antara Mac 1999 and Oktober 2001. CD kedua menampilkan 11 lagu live yang dirakam pada 28–29 Oktober 2001 bertempat di 'Le Zenith' di Perancis. Album terbaru mereka, Drones, telah dikeluarkan pada Jun 2015.

Rujukan

WikiPedia: Matt Bellamy http://www.contactmusic.com/news.nsf/story/bellamy... http://www.gigwise.com/photos/40852/32/The-50-Grea... http://www.goodreads.com/quotes/872728-being-an-at... http://www.muselive.com/index.php?m=single&id=5043 http://www.muselive.com/index.php?m=single&id=5779 http://www.musicradar.com/news/guitars/the-30-grea... http://www.nme.com/news/muse/58030 http://www.nme.com/news/muse/76668 http://www.nme.com/news/streets/23467 http://www.nme.com/photos/the-greatest-guitarists-...